Popular posts from this blog
AZAM 2014
Saya percaya ramai diantara kita yang telah membuat azam baru bagi tahun 2014. Saya juga tidak ketinggalan dan berazam untuk membaikki diri saya. 1. Meningkatkan keikhlasan dalam semua amal ibadah terhadap Allah SWT. Ikhlas dan telus dalam semua urusan dengan semua gulungan manusia. 2. Membantu kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk nasihat, bimbingan, kewangan dan tenaga sekadar kemampuan saya. 3. Menfaatkan ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman dan hikmah (wisdom) yang ada pada diri saya dengan menyebarkan dan berkongsi dengan orang lain. 4. Membuat amal jariah sebanyak yang saya mampu keatas rezeki yang Allah telah kurniakan kepada saya dan keluarga saya. Semoga mendapat keberkatan. Berhemah ketika berbelanja tanpa pembaziran. Simpan seberapa banyak yang bolih. 5. Meningkatkan mutu khidmat kepakaran kepada pesakit2 dalam bidang kesuburan dan kesihatan wanita. Saya akan terus menimba ilmu dan tingkatkan kemahiran. Mengadunkan perubatan moden, isl...
Umrah cara 'Free and Easy'
. Jiwa tenang adalah satu nikmat Allah yang saya anggap sangat penting, khusus dalam umor saya ' diambang senja'. Kita memang dapat capai jiwa sakinah bila kita dimasjidil haram atatu dimasjid nabawi. Alhamdulillah dua kali akhir ramadan dan hari raya eidilfitri tahun lepas dan tahun ini, kita dapat puasa dua hari dan menyambut hari raya di Medinah dan selepas itu pergi Makkah untuk buat umrah. Terkilan juga tidak dapat buat umrah dalam bulan puasa ramadan kerana dikatakan amalan demikian sama saperti buat haji bersama Rasulullah. Munkin tahun depan kita cuba capai cita2 demikian. Dulu waktu kita masih muda , alhamdulillah Allah telah banyak kali jemput kita ke masjidil haram pada 10 hari terakhir ramadan dan dapat nikmat solat teraweh serta tahjud. Sekarang ini hati hendak buat tetapi badan macam tidak larat. Semoga Allah terus menerus beri kita nikmat iman dan kesihatan sehingga akhir hayat kita. Semasa disana saya berpeluang mengulang ...




















Comments
Post a Comment