YAYASAN JABAL NUR
SATU YAYASAN AMAL UNTUK TINGKATKAN KESIHATAN DAN BINA UMMAH
Saya sedang merangka program social untuk menfaatkan masyarakat kita. Harapan saya ada cadangan dan pandangan dari orang ramai. Saya telah pileh dua tema halatuju program.
1. Program "SAMPAIKAN". Bertujuan menyampaikan seruan, mesej, pendidekan , bantuan makanan, pakaian, ubatan2, shelter serta nasihat/kouseling kepada yang amat memerlukan khususnya golongan dhaif. Insya Allah kita akan bentuk kumpulan 'mubaligh' yang akan bertugas menyampaikan aktibiti2 dan program kita.
2. Program "PENJAGA". Bertujuan memberi khidmat jagaan kepada beberapa sasaran tertentu iaitu kanak2, warga emas dan penjagaan rumah.
Masyarakat kita sedang dan akan menghadapi beberapa masalah sosial ekoran dari pembangunan pesat. Diantaranya isyu penjaan bayi dan kanak2, jagaan orang tua atau warga emas serta jagaan rumah akibat kekurangan pembantu rumah.
Yayasan munkin tidak beri khidmat penjagaan secara direct tetapi dengan cara kerjasama dengan usahawaan2, badan2 sukarela dan ajensi kerajaan.
Saya menyeru para dermawan yang minat infakkan harta mereka untuk program amal untuk bina ummah sila hubungi Tuan Hj Kamarol Hissam
019 3100939
Laporan kemajuan pembinaan KOMPLEKS JABAL NUR
Sabtu 15 hb Mac 2014 saya dengan Pengurus Jabal Nur, Kamarol Hissam buat lawatan on site ke bangunan Kompleks Jabal Nur di Bukit Jalil untuk meninjau kemajuan binaan dan untuk merancang pelan dan hiasan dalaman.
Kompleks Jabal Nur (KJN) mengandungi 3 komponen.
1. Hotel taraf 3 bintang yang mempunyai 80 katil.
2. Ruang2 perniagaan untuk restoran, dobi, kedai runcit, farmasi dan lain2 bisnes.
3. Klinik Pakar Jabal Nur. Pelbagai khidmat pakar selaras dengan teras program kita. Kemudahan makmal , ultrsound dan imaging. Kemudahan day surgery dan wad 6 katil.
Pihak pengurusan Jabal Nur sedang giat merancang binaan dalaman , peralatan dan menyediakan khidmat pakar serta menyiapkan pengurusan bisnes.
Harapan kita aktibiti2 dan program dapat dimulakan sebelum akhir tahun ini. Faktor utama yang akan membantu serta meningkatkan nilai aset /harta dan kejayaan aktibiti dan program Jabal Nur ialah Station MRT Bukit Jalil serta jalan raya yang menghubunginya. Dijangkakan siap sebelum akhir tahun ini.
Apakah rancangan pihak pengurusan Jabal Nur terhadap ketiga2 komponen Kompleks ini ?
Sebenarnya kita ada beberapa options atau pilihan.
1. Hotel Jabal Nur.
Pilihan pertama. Sewakan kapada syarikat perhotelan secara contract. Kita dapat sewa bulanan secara bersih , segala pengurusan dan kewangan ditanggong olih syarikat penyewa.
Pilihan kedua. Kita urus sendiri dan buka sewaan jangka panjang selama satu tahun, 6 bulan, 3 bulan dan satu bulan . Atau sewa jangka pendek iaitu 7 hari atau kurang.
Sasaran kita ialah mahasiswa2 dan siswazah2 universiti sekitaran, pekerja2 executive bujang atau sesiapa dari luar KL yang sedang menjalani kursus atau mesyuarat. Bagi option ini kita perlu bina kemahiran dalam pengurusan hotel atau service aparments.
2 Ruang2 kedai dan niaga.
Kita perlu satu penyewa utama iaitu restoran jenama terkenal saperti KFC atau lain.
Kita perlu kedai runcit yang bersih. Kedai dobi juga penting untuk penyewa hotel dan penduduk2 apartment disekitaran. Kedai farmasi juga penting untuk penduduk2 sekitran serta peskit2 yang mengunjungi klinik2 pakar Jabal Nur.
Kita juga ruang diroof top seluas 5000 kp. Munkin kita akan dirikan khemah2 untuk membolihkan ia digunakan untuk berbagai majlis saperti perkahwinan.
3. Klinik pakar Jabal Nur
Kita rancang untuk bina kemudahan klinik pakar dengan bilek bedah day surgery dan day ward disertai makmal dan ultrasound dan imaging.
Kita akan sewakan kepada pakar2 yang berminat. Yang berminat sila hubungi pengurusan JN.
Jabal Nur juga akan punyai pakar2 sendiri.
Rawatan khas Stem cell dari rangkaian pakar antara bangsa akan memberi khidmat khas ini
SERUAN SAYA SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI PENGURUS YJN
KAMAROL HISSAM - 019 3100939
YAYASAN JABAL NUR ADALAH NON PROFIT ORGANIZATION. KESEMUA HASIL2 DARI AKTIBITI NIAGA AKAN DIGUNAKAN UNTUK PROGRAM2 MASYARAKAT DAN BINA UMMAH
Hari Rabu 6 hb Mac 2014
Pembinaan bangunan Yayasan Jabal Nur di Bukit Jalil Kuala Lumpur hampir selesai. Insha Allah sebelum akhir tahun ini ia akan diserahkan olih developer kepada Yayasan.
Bangunan utama
Aparment2 berdekatan
Station MRT sedang dibina
Apartment baru
Ruang Lobby
Kedai di Lobby
Food court dan kedai
Specialist clinic dan
Day surgery.
Hotel 80 bilek
3 bintang
Bilek air hotel
Tangga naik ke clinic
Jalan raya depan
Jalan masuk parking
Keluar dari parking
Ahli Lembaga Yayasan Jabal Nur
1. Dato Dr Hamid Arshat - Pengerusi
2. Tan Sri Mohd Yusof B Nor
3. Dato Zainal Abidin B Abdul Kadir
4. Dato Othman Bin Desa
Pengurusan dan Pentadbiran.
1. Dato Dr Hamid Arshat - Pengerusi
2. Dato Othman Desa - Pengarah Urusan.
3. Kamarol Hissam - Pengurus.
AKTIVITI DAN PROGRAM
Teras utama ialah kesihatan dan islam.
Tiga bidang yang ditekankan.
1. Kesihatan wanita dan kesuburan
2. Perkembangan kanak2.
3. Ketuaan dan anti ageing.
1. Aktiviti2 klinikal - Khidmat klinik pakar, rawatan2 khusus, prosedur2 dan pembedahan2 day suergery.
Rawatan stem sel.
2. Penyelidelkan dalam bidang2 khusus.
3. Program pendidekan kesihatan dan kounselling.
Comments
Post a Comment