Posts

Dr Imtiaz Hamid - Pakar Bedah Hospital Pantai Cheras

Image
Anak sulong saya Dr Imtiaz Hamid - doktor Pakar Bedah. Bidang pengkhususan - Endoscopic dan Colorectal Surgery.  Beliau akan memulakan 'private practice' diHospital Pantai Cheras pada 1hb Nov akan datang setelah bertugas sebagai doktor selama 16 tahun sebahagian besarnya diHospital UKM, Ceras. Beliau sedia memberi perhidmatan pakar  klinikal, pembedahan umum, serta perut dan usus. Sesiapa yang mengidap penyakit2 Buasir, Appendix, Gastric, Segala jenis sakit, tumbuhan atau kanser perut dan usus, Batu karang dalam kilang hempedu atau pundi kencing, Segala jenis tumbuhan pada kulit, kilang tairod/leher. dan lain2 penyakit yang memerlukan pembedahan. Hospital Pantai Cheras  03 9132 2022 Klik untuk map Hospital Pantai Cheras Gambar Imtiaz , Suzy dan Natasha depan rumah kita diPerth Insyaallah bulan Disember tahun 2010, genaplah umornya 40 tahun. Alhamdulillah anaknya pun sudah 3 orang, yang tua Naufal sudah darjah 4, Natasha darjah 3 dan yang kecil sekali, Norlisa be...

Jumpa saudara islam di Viet Nam

Image
Masjid Jame' dipusat bandar Saigon dekat Hotel Sherraton. Gambar isteri saya (tengah), dikiri Arfah (dari Singapore) dan kanan emak Asraf/Arafah Saya dan isteri sengaja pergi Vietnam untuk tengok dan jejak kaki disana, tak ada tujuan tertentu, kita belum pernah kesana. Tapi kita dengar ramai orang malaysia suka pergi kesana dan ada yang beli belah kerana pakaian dll murah harganya, malah ada yang berniaga. Dimana2 saya pergi pemandu pelancung dibanyak negara berkata orang malaysia suka 'shopping'. Kita ni sudah diambang senja, bila melawat sesuatu negara bukan bertujuan membeli belah , tapi hendak kenal penduduk dan budayanya termasuk ugama. Kita pergi sendiri tanpa guna ejen pelancungan, booking flight dan hotel sendiri. Jadi bila sampai kehotel kena tanya kpd tour agency dan dapatkan maklumat. Tapi kita tidak ikut mereka, pada hari esoknya kita sewa satu kereta dengan pemandunya untuk 'city tour' selama 8 jam dengan harga USD 60, ok lah kita bolih gun...

Saya percaya dinar/dirham penyelamat kita

Pagi ini saya berpeluang untuk hadir ke majlis penerangan dan muamalat dalam matawang dinar dan dirham yang dianjurkan setiap pagi sabtu didewan masjid saidina omar alkhatab, bukit damansara, KL.mulai pukul 11 pagi sampai zuhur. Memang sangat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin mengtahui tentang matawang emas dan perak (dinar dan dirham) dari sudut sejarah dan bagaimana mata wang kertas mulai mengambill alih peranan. Memang betul kita ini tertipu olih pihak2 tertentu kerana percaya sepenuhnya nilai wang kertas. Lepas itu ada wang plastik dan elektronik yang diniagakan atas angin tanpa kita merasai atau memegang bendanya. Saya sungguh tertarik kerana pada khir sessi penerangan kita bolih beli barangan yang dijual disitu dengan menggunakan dinar dan dirham. Saya beli madu dari Yemen dengan harga 4 dirham dan satu kotak homecooked scone dengan harga satu dirham. Klinik saya diPlaza Damansara, Bukit Damansara memang sedia menerima bayaran dengan dinar/dirham. Saya bercadang untuk me...

Kaya tapi rendah diri

Image
Unta pun bolih jadi kawan. Baru2 ini saya bersembang bual dengan kawan lama saya, berbangsa cina dikedai kopi mamak dekat rumah saya diBukit Damansara, sambil minum teh tarik. Disitulah kita sering jumpa kawan2 walaupun kita duduk dalam satu kampung. Seronok juga berbual kerana dia sekarang sudah jadi kaya raya tapi akhlaknya sangat baik, rendah diri dan caragaya hidup yang amat simple dan low profile. Betul macam resmi padi bukan saperti lalang. Mulanya kawan saya itu seorang guru biasa dan duduk di rumah teres tetapi disamping itu ia mula bergiat dalam perniagaan hartanah, jual beli rumah secara kecil2an. Sebelum ini memang sering juga jumpa dia dikedai kopi sekitar Bukit Damansara. Yang menakjubkan saya setiap kali saya jumpa dia, status ekonominya melonjak, dari rumah teres ia pindah kerumah semiD dan seterusnya banglow - ini 20 tahun dulu. Masya Allah alangkah baiknya jika dia itu seorang islam. Walau pun bertugas sebagai guru dia terus mempelajari serta menceburi tentang se...

WASIAT KEPADA ANAK2

Assalamualaikum . Wasiat kepada isteri dan anak2. Bismilallahi Rahmani Rahim, Alhamdulillah, saya telah menikmati kehidupan dengan sepenohnya. Rahmat, nikmat dan rezeki Allah telah begitu banyak diberikan kepada saya sehingga lafaz dan amalan syukur dan ibadah tidak dapat menandinginya. Dalam masa hayat saya cuba mengabdikan diri kepada Allah, walau demikian masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan ibadah saya. Oleh itu semoga selepas peninggalan saya, ilmu pengetahuan, anak2 dan harta yang saya tinggalkan akan terus dapat dimanfaatkan sepenohnya. Semasa hidup saya berusaha sedaya upaya untuk memberi kebahagian dan kesejahteraan kepada semua ahli keluarga dan juga saudara mara. Walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan, Mon dan anak2 patut bersyukur kepada Allah yang telah banyak mengurniakan rezeki kepada kita. Alhamdulillah, anak2 telah banyak mendapat pendidekan tentang ilnu dunia dan sedikit tentang ilmu akhirat. Kepada anak2 teruskanlah us...

Saya merindui Makkah

Image
Kami berempat iaitu saya, isteri dan anak2, Imtiaz dan Arief baru pulang untuk mengerjakan umrah diawal ramadan, tetapi sejurus sampai kerumah saya dan isteri sudah mula berbincang bila lagi hendak pergi keMakkah. Alhamdulillah kita diberi Allah SWT perasaan demikian kerana saya khuatir tidak berpeluang lagi kesana olih sesuatu sebab yang Allah sahaja mengetahui. Saya tahu ada juga insan kerdil yang baru sahaja balik haji atau umrah mengatakan ' never again' dan ada pula yang amat takut hendak mengerjakan haji walaupun telah mampu dari semua sudut. Kami sering berdoa ketika tawaf keliling kaabah dan melambai2 mereka ini untuk kesana saperti yang dilakukan olih Nabi Ibrahim dijabal Kobis. Dihadapan kaabah, banyak doa saya pinta kepada Yang Maha Esa, Maha Berkuasa dan Maha Pemurah untuk diri, keluarga, saudara mara dan rakan2. Saya juga banyak berdoa untuk pesakit2 saya, rakan2  pengujung facebook, blog dan website saya khusus untuk kesihatan dan mendapat zuriatan toiba...

Risau dengan Riba'

Image
Dalam Quran banyak kali disebut tentang makan riba itu satu dosa besar. Begitu besar kemunkaran riba saperti juga zina sehingga kita banyak kali diingatkan agar jangan mendekatinya. Bila saya imbas kembali segala jenis urusniaga, pelaburan dan simpanan wang dan harta yang saya jalankan, saya sekarang rasa risau sama  ada saya terlibat dalam riba' atau tidak. Pasaran kewangan hari dihantui dengan riba' yang menggila dan kini sedang melihat akibatnya. Amerika berhutang begitu banyak dan masih menambah hutang , dan mereka terus mencetak wang kertas dengan sewenang2. Lepas itu wang2 kertas ini akan menuju kenegara2 membangun termasuk negara kita dan mereka membeli aset kita untuk menukar wang kertasnya yang sebenarnya tidak ada nilai. Kita perlu berwaspada dengan tipu helah mereka. Lihat dan dengar berita terkini dinegara yahudi, sekarang ini mereka tidak putus berdemonstrasi melaungkan rintihan mereka tentang kenaikkan harga barang akibat inflasi. Ini semua kesan dari amalan r...