Posts

Showing posts from June, 2016

Masa depan doktor2 lebih mencabar

Image
Alhamdulillah sudah 46 tahun saya bertugas sebagai doktor. Pada bulan april 1970 saya lulus peperiksaan akhir untuk ijazah kedoktoran MBBS dari universiti malaya. Dalam kelas saya 80 orang siswa tapi hanya 4 saya melayu. Saya dalam batch kedua dan yang pertama lebih kurang 65 siswa terdiri 8 melayu. 1. Situasi kekurangan doktor dinegara kita ketika itu amat runcing dan ramai doktor2 kontrak diambil bertugas dihospital2 dimerata pelusok tanah air. Peluang pekerjaan amat banyak dan sentiasa menanti doktor2 tempatan. Saya terus bertugas sebagai doktor pelatih atau houseman sejurus lulus periksa dan belum resmi terima ijazah. Posting pertama pada tahun 1970 ialah dihospital besar melaka. Kita perlu kerja bertungkus lumus kerana setiap jabatan hanya punyai 2 houseman sahaja ( ada tiga jabatan iaitu perubatan , bedah dan perbidanan ). Ada kala saya perlu kerja berteusan selama 72 jam. Pada masakini dihospital2 besar satu jabatan ada 30 doktor2 pelatih (houseman). Saya fikir ini situas

Khasiat keroma atar tamar

Image
Saya amat merindui berbuka puasa dimasjid nabawi Medinah. Keroma jenis rutob rasanya sungguh lazat menjadi hidangan utama. Disamping itu ada yogart yang dicampur dengan rempah khas dan sungguh enak dimakan dengan roti. Sering saya juga campurkan beberapa biji keroma rutob. Memang banyak khasiat kesihatan buah keroma. 1. Satu sumber tenaga dari kandungan gula dan karbohaidret. Gula jenis polysacharide mengeluarkan glukos secara perlahan2 dan ini sangat berguna bagi orang yang berpuasa. Dinasihatkan berbuka denga keroma lembut jenis rutob atau sukar  atau keroma madu. Cepat dihazam dan pantas memulihkan tenaga untuk kita solat terawih. Ketika sahur makan keroma atau tamar jenis keras sebagai sumber tenaga berterusan dengan slow release gula glukos. 2. Sumber vitamin dan logam untuk kesihatan. Keroma mengandungi berbagai vitamin A, B1, B3 B5 dan vitamin C. Juga logam sodium, calcium, potassium, magnesium dan iron. Penting bagi pertumbuhan sel2 baru dan menyokong keutuhan ti